Wednesday, June 17, 2015

titipan buat motosikal


duhai motosikal,
jangan kau terlalu leka,
kau hanya kecil sahaja,
jangan berani himpit lori atau kereta,
kerana akan datang bahana, andai kau terus lupa...

motosikal,
kau perlu  bertimbang rasa,
jangan kau masuk parking kereta,
kasihanilah mereka,
kena sama jika paking merata...

duhai motosikal,
bukan kau dihina,
bukan juga dipuja,
cuma tolonglah sesama kita,
kerana kita cuma ada,
satu nyawa.....

mootosikal,
tidak perlu pantas mencelah,
kau akan mengundang gundah,
jikau kau tersilap clutch,
akan mengundang padah,
nyawamu patah, motosiikal juga punah...

aduh motosikal,
jangan laju melulu buta,
kau tidak pasti didepan sana,
ada kereta, lori kontena,
jangan biar sia sia belaka...

ingatlah motosikal,
rodamu cuma dua,
walau kau berbadan sasa,
laju laju pun takkan sama sama sampai,
jangan mengada ngada,
kelak yang tersayang menangis sahaja...

ayuh motosikal,
mari kita buka minda,
enjin bising bukan bergaya,
tapi bingitkan telinga,
kau akan dimaki sahaja..

motosikal,
pemilikmu anak anak muda,
hati mudah teruja,
jiwa pantang dicabar,
apa salahnya jika biasa biasa sahaja,
sesiapa pun pasti bahagia,
berkongsi jalan raya...

haha..

p/s: kutulis sebagai peringatan saja,
      bukan melaga laga,
      agar ingat sama sama
   
selamat berpuasa dan beraya!

No comments:

Wednesday, June 17, 2015

titipan buat motosikal


duhai motosikal,
jangan kau terlalu leka,
kau hanya kecil sahaja,
jangan berani himpit lori atau kereta,
kerana akan datang bahana, andai kau terus lupa...

motosikal,
kau perlu  bertimbang rasa,
jangan kau masuk parking kereta,
kasihanilah mereka,
kena sama jika paking merata...

duhai motosikal,
bukan kau dihina,
bukan juga dipuja,
cuma tolonglah sesama kita,
kerana kita cuma ada,
satu nyawa.....

mootosikal,
tidak perlu pantas mencelah,
kau akan mengundang gundah,
jikau kau tersilap clutch,
akan mengundang padah,
nyawamu patah, motosiikal juga punah...

aduh motosikal,
jangan laju melulu buta,
kau tidak pasti didepan sana,
ada kereta, lori kontena,
jangan biar sia sia belaka...

ingatlah motosikal,
rodamu cuma dua,
walau kau berbadan sasa,
laju laju pun takkan sama sama sampai,
jangan mengada ngada,
kelak yang tersayang menangis sahaja...

ayuh motosikal,
mari kita buka minda,
enjin bising bukan bergaya,
tapi bingitkan telinga,
kau akan dimaki sahaja..

motosikal,
pemilikmu anak anak muda,
hati mudah teruja,
jiwa pantang dicabar,
apa salahnya jika biasa biasa sahaja,
sesiapa pun pasti bahagia,
berkongsi jalan raya...

haha..

p/s: kutulis sebagai peringatan saja,
      bukan melaga laga,
      agar ingat sama sama
   
selamat berpuasa dan beraya!

No comments: