Wednesday, June 10, 2009

Shukery Hashim meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon filem dan drama, Shukery Hashim, 55 meninggal dunia kerana barah pankreas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Shukery dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu untuk rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan selama enam jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu.

Isterinya, Faridah Md Desa berkata walaupun pembedahan itu tidak mampu membantu penyakitnya, namun doktor menasihatkannya untuk menjalani sesi kemoterapi di HUKM.

Shukery, 55, berasal dari Langkawi, memulakan kerjaya lakonan menerusi drama radio pada 1975 di RTM dan televisyen pada 1987.

No comments: