Wednesday, October 27, 2010

kejujuran vs penipuan.

percintaan = kejujuran, kasih sayang, perhatian dan kesungguhan + penipuan..
kelima lima elemen yang paling penting dalam satu satu perhubungan. betul ke? yess... itu yang perlu ada dalam hati setiap yang bercinta an berkasih sayang.

ada yang bertanya kenapa perlu ada penipuan? penipuan ini bukan bermaksud berdusta. sebenarnya penipuan = kejujuran. boleh ke?

betul. dalam sesebuah perhubungan, sememangnya wujud satu penipuan. nampak tidak jujur. tapi itulah kejujuran. kita kasihkan seseorang dan kita akan harapkan yang terbaik darinya untuk kita dan kita juga berharap untuk menjadi yang terbaik untuk dia. dari situ kita akan melakukan sedikit penipuan. kenapa... sebab tidak semua yang ada dalam diri kita adalah terbaik untuk dirinya dan bukan semua yang ada dalam dirinya adalah terbaik buat kita. penipuannya adalah apabila kita menerima pasangan dan kita melakukan yang terbaik untuk dia walaupun kita bukan begitu. kita mengubah diri kita untuk menjadi lain demi menjadi yang terbaik. kita mahu pasangan tersenyum bahagia dan kita menipu. kita menipu dia dan kita menipu kita sendiri...

begitu juga pasangan kita. dia juga menipu kita demi menjadi yang terbaik untuk kita. jelas. penipuan sangat penting dalam hubungan.

"be your self". kita selalu ada mendengar nasihat ini untuk satu kejujuran.. tapi berapa ramai yang benar2 menjadi diri sendiri dan tidak tercalit sedikit penipuan untuk kebahagiaan pasangan? jawapannya tiada. tanya lah diri sendiri.

No comments: