Saturday, November 13, 2010

kawalan keadaan

saya dah bangun. sekejap lagi saya kena/perlu/terpaksa ke kediaman tak rasmi menteri besar negeri saya. ada parti. hehe. ada majlis reunion. ibu saya sebagai AJK tertinggi so saya kena lah pergi. sebenarnya saya terpaksa pergi. saya suka pergi atau terlibat sama dengan majlis ni kalau tak ada budak budak. sudahnya saya terpaksa bawak budak budak ni ikot sekali. sebab ini majlis kekeluargaan. saya tak berapa suka ye. diulangi, tak berapa suka. sebabnya saya tak suka pergi rumah orang kaya kaya yang banyak banyak hiasan lepas tu adik saya sangatlah nakal/buas semua barang dia nak sentuh. sebab saya tak mahu apa apa berlaku saya terpaksa kawal. karang prang sana prang sini, sape nak jawab? kawan pun kawan jugak tapi kalau barang rumah semua nak import dari luar negara rasa juga sayangnya kan? tapi saya harap budak budak ni tak buat hal sebab saya malas nak tanggung risiko adanya mende mende jatuh ke, rosak ke, punah ke, budak hilang ke.... saya lagi suka pergi rumah kampung yang tandas dekat luar daripada pergi rumah orang kaya kaya. padahal saya takut juga kalau tandas dekat luar ni. teringat pulak masa satu hari tu saya terpaksa bermalam atau menumpang di rumah kenalan yang tandasnya dekat luar rumah. mujurlah bilik mandi dalam rumah dan sangat sangat mujur perut saya tidak meragam. oh ia sangat memahami...
tak kisahlah kaya atau tak kaya, yang penting saya harap dan berdoa semoga budak budak tu tak buat saya geram. kalau tak, saya akan pulas perut diorang kuat kuat sampai biru hitam merah. jangan main main...... serius nih!

No comments: