Wednesday, December 1, 2010

ke klinik lagi.

baru balik dari klinik. lagi? darah makin kurang. apa masalah dia oh? saya makan ubat ye. tapi culas sikit. tp makan. tahap kesabaran teruji lagi. tak suka lah dengan servis doc tu. walaupun nurse memang ngam. nyampah. kau ingat kau doctor, kau boleh nak kerek kerek ke? doctor dekat al farabi tu beres je. buat saya rasa nak pergi lagi je jumpa dia. ahahaha. so sekarang ni macam biasa kena makan itu dan ini.. bla bla bla... dan... apa yang paling penting disini ialah, berat badan saya naik banyak sangat. bukan saya kata, tapi nurse tu kata. memanglah, saya makan banyak. saya masak sendiri, saya makan over over la kan. suka hati saya je. pendek kata saya dah gemuk. berat badan saya dah mencapai tahap yang tak pernah saya jangka pun. itu rahsia. kekeke..

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

No comments: