Friday, December 31, 2010

tahun 2010 saya

hari ni 31 12 2010. hari terakhir untuk tahun 2010.
saya tinggalkan 2010 dengan pelbagai kenangan dan sejarah. mungkin juga harapan yang tak menjadi kenyataan. ataupun impian yang akan diforwardkan ke tahun hadapan.
untuk tahun 2010 ini, ada peristiwa indah yang tak mungkin saya lupa. yang mungkin takkan berulang. yang akan kekal dalam ingatan. tahun 2010 mencoretkan macam macam cerita. ada suka, ada duka, ada bahagia, ada kecewa.
cerita indah. kekal sebagai kenangan yang paling manis dalam hidup seorang syaidatul; istiadat pentauliahan diraja pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES) KE 29. memori indah yang membawa kepada cerita bahagia dan air mata. saya sayang 55 orang adik beradik saya. palapes universiti malaya intake 29.
cerita bahagia. pernikahan saya dengan mr.D yang saya sayangi. selepas bertunang selama 2 tahun, kami berjaya melepasi tahap tahap mencabar sebelum bergelar suami isteri. tidak ada apa yang berlaku selama hubungan pertunangan. beruntung saya mengenali lelaki yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
cerita suka. istiadat konvokesyen universiti malaya. saya bergrad sebagai seorang isteri.dan merealisasikan impian bonda melihat saya berjubah akademik dan saya gembira waktu itu.
cerita kejutan. saya disahkan pregnant sebelum saya bersedia untuk itu. tapi saya anggap ini adalah anugerah dan rezeki buat saya dan suami. (ada merungut jugak sikit sikit)

2 comments:

www.keryoki.tk said...

wah..55 orang tu termasuk aku l kan kan..hehe

ieja said...

yela.... ke ko kuar barisss?