Monday, January 24, 2011

pink.

hari ni, feel lain macam sikit. bangun awal, hantar mohamad iqbal gi sekolah then balik persiapkan diri. tapi tiba tiba pulak tak sedap badan. dah kata dah, kalau makan ubat ni lah jadinya. muntah muntah. tapi kenapa muntah pun nak jadi warna pink? apa yang pink masuk mulut ni? rasa macam tak ada. takkan sebab handbag pink, handphone pink, muntah pun nak warna pink? haha. merepek sangat sangat.

pagi pagi dah pergi bank. semangat sikit kalau pergi bank pagi macam ni sebab tak ramai orang. mak oi tapi urusannya banyak la pulak. berkeping keping slip bank dan cek yang kena setel. tak boleh melenconglah. lepas tu pergi impian bonda, hantar barang. sebijik macam mat despatch. kalau ikot hati yang sedang menjauh ini, semua tak jadi kan? jadi biarlah kita abaikan sahaja hati yang menjauh ini demi keutuhan sebuah ikatan. kan dah jadi sasterawanita negara.

oh. my hubby sepatutnya balik hari ni kan. jadi dengan berbunga hati ini telah mengecallnya. hampa. jadi sebek lah muka hamba Allah nih. sob sob sob...

kenapa sekarang saya cepat mengantuk? bila tengah malam terjaga sorang sorang. padan muka saya.....!!!!!!

No comments: