Friday, November 18, 2011

kebahagiaan saya.

Suami saya berwajah garang kadang kala. Tapi siapa tahu hatinya yang sangat lembut dan jiwanya halus. Penuh dengan bunga bunga cinta.
Dia mencipta sebuah taman indah di dalam hatinya. Dan dia menjaganya dengan cukup teliti. Sehingga bunga bunga segar tanpa serangga si perosak.
Suami saya, saya tahu dia bagaimana. Bagi saya dia terlalu baik. Sehingga saya terlalu sukar luahkannya dengan kata kata. Terlalu. Kerana tiada perkataan terbaik untuk gambarkan dirinya.
Suami saya, dia membahagiakan. Siapalah kita untuk terus berada dalam ketawa selamanya. Kerana kita manusia biasa. Pasti ada airmata diantara tawa tawa. Sedetik demi sedetik melalui hidup bersamanya, membuka mata saya bahawa ternyata dia tiada tandingnya..
Suami saya, senda guraunya sentiasa terasa. Walau hanya kadang2 kami bersua. Segalanya terpancar ikhlas dari hatinya. Jika salah, dia katakan salah. Jika benar, dia tidak akan menafikannya. Luhur sungguh hatinya.
Suami saya, jodoh saya, pemimpin saya, pembimbing saya. Kerana saya terlalu lemah. terlalu alpa. Terkadang terlalu lalai. Dan dialah guru saya.
Saya sayangkan suami saya. Saya bersyukur ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, kerana anugerah ini.
Kini, kasih sayang kami dikuatkan lagi dengan amanahMu.. Muhammad Hayyan Bukhari.
Ku bersyukur. Syukur. Syukur.

No comments: