Monday, June 24, 2013

rajukku tak lama

ku cuba merajuk
mencuka
tak mahu bersapa
saja buat tak kena
mahu dia terasa
biar dia bersahaja
tapi dia buat biasa
atau saja saja
aku suka mengada
semata mahu bermanja
dialah punca
suara berkata kata
mata jeling ada ada
padahal hati mahu tertawa
lihat dia serba tak kena
apa boleh dikata
rajukku bukan lama
aku sendiri tak biasa
senyap senyap saja
rindu berleluasa
lalu aku sapa dia
kami tertawa bersama
memang
rajukku tak pernah lama

No comments:

Monday, June 24, 2013

rajukku tak lama

ku cuba merajuk
mencuka
tak mahu bersapa
saja buat tak kena
mahu dia terasa
biar dia bersahaja
tapi dia buat biasa
atau saja saja
aku suka mengada
semata mahu bermanja
dialah punca
suara berkata kata
mata jeling ada ada
padahal hati mahu tertawa
lihat dia serba tak kena
apa boleh dikata
rajukku bukan lama
aku sendiri tak biasa
senyap senyap saja
rindu berleluasa
lalu aku sapa dia
kami tertawa bersama
memang
rajukku tak pernah lama

No comments: