Sunday, August 23, 2009

pembantu rumah yang buat aku menyampah sama sekali.

apa makna pembantu rumah. ataupun orang gaji.
ada pendapat mengatakan istilah pembantu rumah ataupun orang gaji adalah sama. merupakan seorang yang DIBAYAR gajinya untuk mengemas rumah dan membuat kerja kerja rumah. termasuk menjaga anak anak majikannya. termasuk juga memasak JIKA diarahkan untuk berbuat demikian. tugas tugas pembantu rumah adalah tidak termasuk memberi PENDIDIKAN rasmi kepada anak anak majikannya dan tidak boleh sama sekali merotan atau memukul anak anak majikan tanpa diarah oleh majikannya atau senang cerita tanpa disuruh oleh orang yang membayar gajinya atau lebih senang lagi dikenali sebagai tuan rumah. orang gaji juga tidak boleh merungut atau memperdengarkan percakapan yang kurang baik tentang majikannya tau anak anak majikannya kepada sesiapa dengan niat memfitnah atau menabur berita buruk yang tak masuk akal. lebih lebih lagi cerita yang sengaja direka reka untuk menjatuhkan nama baik ORANG YANG MEMBAYAR GAJI kepadanya itu. orang gaji juga tidak dimaktubkan untuk bekerja seperti orang kerja kerajaan atau cikgu atau kerani. oleh itu orang gaji tidak diperuntukkan cuti tahunan atau cuti saja saja. kecuali atas kebenaran majikannya. paling penting orang gaji atau pembantu rumah sepatutnya tidak membebel sepenuh masa seolah olah dia buat kerja dengan percuma dan tanpa bayaran satu sen pun. orang gaji juga tidak perlu membuat kerja dengan lagak melepas geram dan membaling baling barang sambil merungut. seolah olah dia dipaksa untuk melakukan kerja itu sedangkan memang tugasnya dan dia DIBAYAR GAJI untuk melakukan kerja yang memang sepatutnya dilakukan dengan penuh ikhlas dan sempurna. seperti juga pekerja pekerja lain yang MAKAN GAJI.

PEMBAYANG PEMBAYANG DIATAS ADALAH SANGAT BERTENTANGAN DENGAN MANUSIA YANG SEDANG BEKERJA DIRUMAH AKU.

antara pembantu rumah pembantu rumah yang dikenali dan disoal selidik, gaji yang diterima oleh 'manusia yang bekerja dirumah ibu' adalah yang paling tinggi dan ianya tidak termasuk elaun tambahan, saguhati hari raya, saja saja, shopping, belanja makan, makanan sampingan yang diberi, pakaian, pengangkutan, dan lain lain. apa cerita kalu segala kemudahan diberi secara senang itu tidak dihargai dan masih bersifat tidak mahu bersyukur?

kerja kerja menambah minyak gas dalam api adalah kerja dia. batu api. busuk hati.
kerja kerja memburukkan orang pon kerja dia.
kerja kerja menaikkan bil telefon rumah pon kerja dia. sape nak pakai telefon kat rumah tu kalau bukan dia. semua orang ada dalam rumah tu ada hanset and sangat tak mungkin adik aku iqbal yang berumur 5 tahun sudah pandai telefon orang. bercakap pon aku tak berapa nak faham. bil telefon dapat membuktikan segalanya. ( ape cerita ibu buat tak tahu aje and biarkan aje?)
kerja kerja membisingkan rumah itu adalah kerja dia. maaf bising dan meriah adalah tidak sama. bising adalah perkara yang membuat orang stress dan hal itu adalah sama seperti bunyi mawi belakang rumah baru bangun tidur. mawi tu kera berdaftar ye.
kerja kerja mereka cerita adalah kerjanya. kerja kerja menuduh adalah kerjanya. kerja kerja meletakkan diri sebagai yang terbaik dan takkan dapat ditandingi adalah kerjanya. eh tolonglah!! please!!!
dan banyak lagi kerja yang tidak sepatutnya menjadi kerja orang yang dibayar gaji untuk mengemas rumah, dilakukan oleh dia. sungguh memualkan.

kenapa seseorang itu memilih untuk membayar orang lain bagi mengemas dan menjaga rumahnya.

kerana kerjanya yang sibuk dan sering keluar daerah.
kerana anak anaknya yang dewasa tidak ada dirumah mungkin sambung belajar atau bekerja ditempat yang jauh.
kerana ada anak kecil dirumah yang memerlukan jagaan.
kerana suami isteri jenis yang bekerja.
kerana ada kemampuan untuk membayar manusia bekerja dirumahnya.
kerana niat membantu golongan yang tidak mampu.(tapi golongan ini kalau jenis berlagak hebat dan serba mampu buat ape tolong?)
kerana berharap apabila pulang dari kerja, rumah dalam keadaan sempurna.
kerana anak anak ada yang jenis tak berapa rajin buat kerja2 rumah. heh. macam aku.
dan banyak lagi alasan alasan lain yang berkaitan.

so, siapa siapa yang terasa nak membayar gaji manusia supaya menguruskan rumahnya, berhati hati memilih manusia itu. pilihlah dari jenis darah atau keturunan yang baik baik dan tidak menyusahkan. ingat, TIDAK MENYUSAHKAN!

kenapa? sebab aku sangat anti kepada manusia yang sedang bekerja dirumah ibu walaupun dah nak masuk 5 tahun. manusia ini berbeza dengan manusia yang pernah bekerja disini kecuali si pencuri hodoh itu dan telah diberhentikan serta merta. padan muka kau.

perhatian kepada majikan..
JANGAN TERLALU MEMBERI MUKA KEPADA GOLONGAN JENIS INI.(golongan yang tidak mampu tapi jenis berlagak hebat dan serba bagus). KELAK DEPA DUK MENCANGKUNG ATAS KEPALA KITA. ini serius.

sekarang aku dah jadi jahat, kan??

*respek pada orang yang kerja betul betul kerja..

No comments: