Sunday, August 23, 2009

sahabat selamanya?? mungkinkah??

sebelas tahun yang lalu... aku punya seorang sahabat baik. persahabatan yang terjalin secara tidak sengaja lama kelamaan menjadi satu hubungan yang sukar dipisahkan. setiap masa kami bersama. apa masalah dikongsi bersama. rahsia juga bersama. kami tidak pernah berpisah namun gaduh gaduh kecil biasa berlaku. normallah untuk remaja yang kian membesar. meningkat ke alam sekolah menengah juga kami adalah sahabat yang akrab. sukar dipisahkan. cuma waktu tingkatan 3 kami berbeza kelas. tapi hubungan tidak dibataskan. sehingga tiba masa spm, kami memang tetap bersahabat baik. dalam apa jua perkara. ponteng kelas? balik lewat? balik lebih awal? lepak bawah pokok sambil makan ayam? pakai kasut kawad yang bersaiz besar n jalan kaki ke sekolah agama al falah sampai ke pusat bandar cukai? ah itu semua kami lalui berdua. tidur sekatil bahkan sebantal pon.. itulah kami. DAHULU!
sebelas tahun berlalu.. kami bukan sahabat yang dulu. 99% bukan. sebelas tahun bagi aku bukan jangkamasa yang sekejap. lama. tapi kerana cinta, semuanya beralih arah. tapi cinta tidak bersalah. tidak sama sekali. yang bersalah adalah yang dikuasai cinta. ya, sahabat itu. bukan mudah melupakan sahabat yang pernah mengatakan 'friend forever' tapi itulah hakikat ataupun takdir yang telah ditetapkan. untuk aku menerima kembali huluran sahabat itu mungkin terasa beratnya. biarlah aku dikatakan hati sekeras batu gunung sekalipun. sekadar kawan lama mungkin tiada salahnya tapi untuk menobatkan kembali friend forever itu tidak mungkin. maafkan aku.
kenapa aku menulis tentang ini. kerana aku tidak pernah lupa hari jadinya yang sudah berlalu. mungkin tahun ni adalah tahun pertama aku tidak ucapkan happy birthday buat sahabat itu.
bukan hari ni.
hari ni ulangtahun SATU. semoga ALLAH memberkati satu.
23 ogos 2009 satu.

No comments: