Aku derita
Sakit tak terkata
Cuma aku diamkan saja
Tak mahu siapa terasa
Aku gagahkan jua
Demi jiwa
Biar terluka
Badan terseksa
Sampai satu ketika
Aku tersungkur tika terjaga
Lesu tidak bermaya
Tiada kudrat tiada tenaga
Tiada kudrat tiada tenaga
Sakit ini
Memberi makna segala
Siapa ada saat duka
Siapa ada saat derita
Siapa ada saat suka sahaja
Aku rela walau terpaksa
Sakit yang datang menduga
Tuhan tahu apa dirancangNya
Untuk hamba yg sudi menghadapinya
Sakit ini
Membawa erti cinta
Aku diuji seketika
Terkadang rasa putus asa
Terkadang ada semangat membara
Aku ada cinta
Yang sedia sentiasa
Memberi aku kuat
Memberi aku kudrat
Sakit ini akan pergi
Pergi dengan sendiri
Satu masa nanti
Dan luka terubati..
No comments:
Post a Comment