Tuesday, September 10, 2013

Sedikit luahan

Memanglah takkan ada sape yang akan kata "menyusahkan" tapi keadaan aku macam ni mmg menyusahkan. Banyak pihak. Dari A-Z. Tiap malam mesti aku rasa sedih teramat bila teringat siang yang aku lalui. Teringat lagi dekat hayyan yang terpaksa berjauhan dengan aku. Hayyan yang terpaksa mengalah. Aku yang terpaksa pasrah. Air mata mmg tidak boleh aku kawal. Bukan aku minta nak menangis. Aku cuba tidak memikirkan yang aku lalui siang hari. Aku cuba tidak pikirkan hayyan. Tapi aku hanya hamba yang lemah. Masakan aku boleh buat tak tahu sedangkan selama ini tidur malam aku disisi hayyan. Berkepit dan berpegang tangan. Walaupun ada hujedi yang boleh aku pegang,, yang boleh ganti hayyan,, tidak sama dengan kehadiran hayyan. Budak kecik tu banyak idea nya yang buat aku bahagia. Hayyan.. Mama nak cepat cepat sihat mama nak hayyan tidur dengan mama,,, mama rindu hayyan anak mama yang terlalu baik.

Dah 3 minggu aku macam ni. Memamng ada kemajuan. Aku boleh berjalan sendiri. Boleh makan dimeja dan boleh ke tandas n mandi sendiri. Tapi apa yang boleh aku kata. Hanya ada kemajuan sedikit. Sungguh aku rasa tercabar dengan sakit ni. 

Aku simpati pada diri aku. Tapi aku lebih simpati dengan mereka disekeliling aku. Suami. Ibu. Aboh. Mak. Aboh. Keluarga.pihak amsb.  Tapi iyelah.. Berat mata memandang,,, berat lagi bahu memikul. Aku bukan sengaja nak sakit. Aku bukan sengaja hanya mahu berbaring. Aku bukan sengaja mahu berjalan terkial kial.

Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan aku. Terima kasih kepada yang membantu aku. Trrima kasih kepada yang menyayangi aku. Terima kasih juga kepada yang mentertawakan aku.

No comments: